Sunday, September 22, 2019

Makanan tradisional masyarakat sabah dan perak




Pengenalan



HINAVA
 Setiap negeri sudah pasti mempunyai makanan tradisional yang tersendiri. Begitu juga dengan Sabah dan Perak. Rajah di sebelah menunjukkan contoh-contoh makanan tradisional yang terdapat di Perak dan Sabah. Pada blog kali ini kami akan menerangkan sepuluh makanan tradisional yang terdapat di Perak dan Sabah. Mungkin banyak orang telah mengetahui tentang kehadiran makanan ini. Tetapi kami akan menerangkan dengan lebih mendalam lagi tentang makanan tradisional ini.

AMBUYAT

ENAM MAKANAN TRADISIONAL SABAH


1. AMBUYAT


  • makanan tradisional bagi kaum Brunei dan Bisaya.
  • Sajian utama selepas nasi.
  • selalu dihidang pada hari-hari istimewa seperti perkahwinan atau keramaian. 
  •  diperbuat daripada sagu rumbia yang amat terkenal di Sabah, Sarawak dan Brunei. 
  • Nama lain bagi ambuyat ialah Linut,  yang digelar oleh kaum kadazan, dusun, murut, dan bajau. 
  • Di Brunei,  ianya dikenali sebagai Ambulung. 
  • Namun, hari ini Ambulung boleh ditemui di pasat atau tamu dalam bentuk paket. 


  • ambuyat dalam paket
  • Ambuyat ini lebih selesa di makan dengan mengunakan penyepit tempatan yang digelar Candas. 



  • ianya enak dimakan bersama ketika masih panas dan dicicah dengan ikan bakar, ikan rebus dan ulam-ulaman
  • terdapat beberapa pantang larang untuk makan atau menyediakan ambuyat:
  1. jika ada kematian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan makan linut atau ambuyat ketika mayat masih berada dalam rumah
  2. tidak boleh bercakap kasar atau ketawa besar ketika makan ambuyat

2. HINAVA
HINAVA

  •  dikenali sebagai "sashimi" tradisional yang popular dari dahulu hingga sekarang bagi masyarakat kadazan dusun di Sabah
  • nama lainnya juga ialah salad ikan kerana, ianya diperbuat daripada isi ikan segar. 
  •  langsung tidak dimasak, sebaliknya ia hanya di peram dalam waktu yang singkat dengan menggunakan limau nipis atau limau kasturi. 
  • ianya selalu dihidang dalam majlis keramain dan perkahwinan.
    ramuan hinava




















3. JERUK BAMBANGAN
BUAH BAMBANGAN
  •  Sejenis buah bermusim yang terdapat di Sabah.
  • Nama lainnya iaitu buah embang, buah mawang, dan buah embawang. 
  • mempunyai banyak persamaan dengan mangga namun, teksturnya lebih kasar dan mempunyai rasa yang masam.
  • ianya merupakan tumbuhan hutan dan tersenarai sebagai tumbuhan yang terancam.
  • kulit buah ini berwarna coklat dan tebal
  • cara menyediakan jeruk bambangan ini dengan mencampurkan isi buah bambangan dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam
  • orang zaman dahulu selalu memakan jeruk buah bambangan ini bersama nasi.
  • jeruk ini boleh bertahan dalam jangka masa yang lama, sehingga boleh tahan bertahun

  • jeruk bambangan



4. CUCUR TARAP


buah tarap

  • Boleh didapati di Sabah dan Sarawak. 
  • Dari segi bentuk dan rasa buah ini memang berbeza dari buah nangka mahupun cempedak
  • pokok tarap ini agak tinggi juga, apabila ianya sudah masak ianya ada kaedah tersendiri untuk mengambil buah tersebut
  • cucur tarap ini sama juga seperti cucur yang lain, kaedah untuk memasak cucur juga sama.
  • cucur tarap ini memang menjadi kegilaan apabila tiba musim buah ini.
  • rasa buah ini sangat manis, apabila dibuat cucur ianya akan mengeluarkan jus.
  • pada pendapat saya, cucur tarap ini lagi sedap daripada cucur yang lain kerana ianya adalah buah bermusim
    cucur tarap

5. BURAS
  • Makanan tradisional bagi suku kaum Bugis 
  • Buras ini biasa di masak sewaktu hari perayaan seperti hari raya aidil fitri dan aidil adha
  • ianya biasa dimakan bersama lauk-pauk, serunding atau ayam masak kurma
  • antara bahan yang digunakan untuk membuat buras adalah Beras, Santan dan Daun Pisang.




buras



6. KUIH CINCIN


KUIH CINCIN
  • kuih ini sangat terkenal di daerah Papar
  • ianya diperbuat daripada gula melaka dan tepung beras
  • nama kuih ini diambil sempena bentuknya yang seperti cincin
  • gula melaka ini lah yang menyumbang kepada rasa manis kuih tersebut dan kuih ini juga sangat ranggup
  • kuih cincin ini banyak dijual di gerai-gerai tidak kira hari biasa atau perayaan




7. BARABBO
BARABBO CAMPUR SAYUR

  • Barabbo merupakan makanan tradisi suku kaum bugis di sabah
  • barabbo ini merupakan bubur jagung yang sesuai dijadikan santapan sewaktu sarapan
  • secara asasnya bahan yang digunakan ialah nasi, jagung dan ayam
  • terdapat banyak versi untuk menyediakannya ada yang menambah sayur, belacan dan banyak lagi





ENAM MAKANAN TRADISIONAL NEGERI PERAK



1. RENDANG TOK 
rendang tok




  • Berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah , Perak.
  • Makanan dimasak atas dapur kayu di kampung terutamanya ketika kenduri dan majlis kenduri perkahwinan.
  • Rendang Tok juga dihidangkan pada hari raya Aidilfitri bersama lemang atau ketupat.
  • Dahulu, rendang tok hanya boleh dinikmati oleh kerabat diraja dan orang kenamaan namun kini ia menjadi hidangan untuk semua segenap lapisan masyarakat.



2. PENJAN UBI KAYU
penjan ubi kayu
  • Merupakan makanan tradisi negeri Perak yang kian pupus.
  • Sesuai menjadi pencuci mulut pada makanan petang.
  • Penjan ubi kayu ini mempunyai rasa manis serta tidak susah untuk disediakan.
  • Resepi penjan ubi kayu ini boleh dipelbagaikan mengikut citarasa dan kreativiti sendiri.


3. KUIH KALAKATAR
kuih kalakatar

  • Nama lain bagi kuih adalah Binka Kelapa.
  • Mengikut cerita orang-orang lama, nama kalakatar sebenarnya membawa maksud 'ketika panas' maka kuih ini sangat enak dihidangkan ketika masih dalam keadaan panas.
  • Kuih ini boleh dibakar dalam sabut kelapa atau ketuhar.
  • Ia merupakan makanan utama masyarakat Banjar tidak kira di mana mereka menetap.
4. NASI LEMUNI
nasi lemuni

  • Nasi ini hanya boleh didapati di bahagian negeri utara.
  • Nasi lemuni amat mementingkan keseimbangan rasa pedas,masam,manis dan masin.
  • Mempunyai pelbagai khasiat untuk badan seperti awet muda.
  • Makanan ini sangat bagus untuk ibu yang baru bersalin kerana khasiatnya.

5. GULAI TEMPOYAK
gulai tempoyak
  • Makanan ini merupakan menu tradisi masyarakat Perak.
  • Gulai tempoyak Perak menggunakan pelbagai jenis ikan.
  • Gulai ini sama seperti gulai tempoyak negeri Pahang namun cara pembuatannya agak berbeza.
  • Ia sering dihidangkan pada waktu kenduri di kampung-kampung.

6. GULAI KEMAHANG
gulai kemahang

  • Kemahang merupakan tumbuhan yang berasal daripada keluarga keladi.
  • Keladi ini perlu diproses dengan betul kerana akan memberi rasa gatal jika tidak dilakuakn dengan pembersihan dengan betul.
  •  Gulai ini pernah menjadi santapan salah seorang Sultan Perak yang telah mencemar duli ketika melawat salah sebuah perkampungan di Lenggong.


PENUTUP

Imtihannya, terdapat banyak makanan tradisional di Malaysia. Sebagai anak jati negeri masing-masing kita seharusnya mengetahui makanan tradisional yang terdapat di negeri kita. Malaysia mempunyai nilai budaya yang unik terutamanya daripada makanan yang terdapat di sini. kita harus berbangga menhjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pelbagai tradisi dan makanan tradisional yang tidak dapat dijumpai di negara luar